Friday, February 3, 2012

Topi Sotong Farzanameow ^O^

Berfikiran sudah lama mahu kait topi untuk farzanameow hatta melihat farzanameow memakai topi dia masa umur 4 bulan hihi
lalu pemilihan warna cream n merah la ibu rembat setelah lama-lama tenung semua benang lalu penat main tenung-tenung



Farzanameow tidak suka topi yang bertutup semua sebab panas dan farzanameow adalah seorang yang kuat berpeluh macham atlet berlari-lari tuh
lalu ibu buat la yang lobang-lobang memang serba lobang hehe
Kasi masuk angin gituh

Boleh la lobang-lobang pon janji farzanameow nak pakai juga ngeeh ngeeh ngeeh

Lalu berfikiran, ini bukan topi ini macham jala mau menjala sotong...lalu mari buat ombak lembik seperti sotong
hmmm dah keluar topik sotong pulak...



Boleh la ye kakak hihi
Lalu ibu kasi nama 'Topi Sotong Farzanameow'

hhmmm hhmmm memegang ketiak lalu berfikir sejenak...
ok la nama itu ^O^

Thursday, January 26, 2012

Muhammad Amani Aslam bin Aminuddin ^O^ dan Baby blues.


Muhammad Amani Aslam
Lahir pada 24hb November 2011 pada pukul 10.40 pagi di Klinit bersalin Alam Damai, Cheras ^O^
3kg, 49cm,34cm

Kenapa lahir kat KL, sebab ibu tidak sempat nak balik johor huhu
Hatta tiba klinit pukul 8 pagi sudah bukaan 6 cm, lalu masuk wad makan roti, minum air cokelat dan jalan2 baca paper.

Sebab nurse kata' jalan2 kak, supaya cepat bersalin kak, jangan duduk2 sahaja'

Lalu jalan2 kat depan kat bilik sambil menahan contraction 5 minit sekali ^O^



3 weeks confinement at kampung, bagus, happy, lil bit tired, but my mom memang very helpfull, balik kl, 2 weeks jaga Aslam, ibu kene ' Baby blues' okeh ^O^

surprisingly 2nd baby nih kene baby blues. Kenapa?

Balik sini Aslam nangis2 waktu malam, mahu tidur d'dada, mahu sangkut kat badan sahaja, letak pasti akan menangis, menangis yg syahdu, waktu malam menangis yg menakutkan. Ibu bacakan ayat Qursi dan 3 Qul selalu.

Ibu pon menangis siangnya, tengok Aslam ibu menangis, tengok kakak ibu menangis, nenenkan Aslam ibu menangis, masak ibu menangis, sampai kakak lap kan air mata ibu dan peluk ibu, mesti sebab heran nape ibu asik nangis jek huhuuu

Seminggu rutin yang sama, menangis, ibu dapat tidur lena sejam pon dh cukup bersyukur, but it's not gonna happen y'oll

Siang waktu Aslam tidur, baru ibu dapat mengemas,masak, urus kakak, urus diri sendiri, ....kesian kakak terbiar for couple of days, malam selamat ayah ada dapat kakak manja-manja dengan ayah ^O^

So last week Atuk meninggal, so everyone balik melaka, time tuh nenek urutkan Aslam, dan minta air untuk Aslam sebab semua berfikir, something wrong with Aslam yang selalu menangis.

so after that, continue dng air tuh, buat mandi, minum till now,ibu dh boleh solat, mengaji selalu, atuk ramli pon doakan Aslam after solat.

Alhamdulillah ^O^
BABY BLUES IS GONE ^o^

Now Aslam dah ok, baik macam kakak, InsyaAllah selamanya.

Aslam boleh tidur sendiri, janji perut kenyang, pampers ok, perot x kembung, dah tak nangis2 lagi tanpa sebab ^O^ Aslam suka perhatian, jadi selalu agah-agah dia pasti dia tersengih ^O^

Ibu happy, ayah happy, farzana happy, aslam happy, semua happy ^O^

Oh ya ibu dh boleh mengait banyak sikit sekarang sebab Aslam dah behave hohooooo suke suke sukeeeeee ^O^

Sekarang berat Aslam 5.1kg, tinggi 64cm, lebih tinggi dan lebih berat dari kakak masa umur 2 bulan ^O^ nampaknya tiada yang ikut ketinggian ibu la O_O

**** Gler kentang lama tak bukak blog woot woot ^O*

Wednesday, September 14, 2011

Entry bersuka ria sakan me n farzanameow ^O^

Kerana Farzanameow super duper behave semasa teman ibu pos barang ke Jusco, lalu ibu treat Farzanameow with Happy Meal : Ribena, burger ayam, fries n giggle doraemon ^O^
tapi farzanameow makan sket jek, ibu yang lebih-lebih mengeget happy meal tuh hehe



Waktu balik hujan sungguh lebat beserta angin yang kuat (kalau farzanameow kene angin tuh tentu terbang tinggi-tinggi, tapi ibu tidak kerana sungguh montel ^O^), lalu beristirehat dalam kereta kat parking rumah tunggu hujan reda sedikit
of course kene ambil gambar sambil-sambil beristirehat sambil gelak-gelak


Farzanameow nak tium ibu tak dapat
Tak keluar dengan ayah so ibu tak payah solek la hikhikhik



suka-suka ria-ria girang-girang

bila hujan sudah reda sedikit
Farzanameow d'bungkus menjadi macam cendawan supaya tidak terkena hujan hehe
pakai sweater ibu saja lah balut semua
lihat cendawan saya ^O^


Okeh sekian entry suka ria sakan gamaknye

Bahasa entry terserlah tak kesopanannya hehe ececeh kerana mahu anak dalam perot pon sopan boleh tak macam itu hehe

Wednesday, September 7, 2011

Pick of the month !! for August 2011

Warna ini, design ini, beanie ini, booties ini, dng tulisan untuk nama ini telah menjadi pilihan ramai for last month
Tempahan yang bermula dari Puan Siti Khadijah Isa yang request booties skali dng warna yang serupa
Perlu satu set untuk raya beraya raya raya



Lalu display design ini kat fb dan hoooray mendapat 15 tempahan untuk 2 minggu dan haruslah tempahan merah-merah ini untuk raya,
kan dah kata perlu satu set untuk raya beraya raya raya hehe



Baby Humaira yang omel omel pakai design ini ^O^




Tuesday, September 6, 2011

Kak Long secara rasmi ^O^

Farzanameow turn 2 years old on 4nd hari raya
Family kat muar ada buat sambutan birthday, bbq n sponsor Mango Cake secret recipe since birthday sama hari dng abang Naufal ^O^
pic bbq belum load lagi



but balik kl ibu n ayah treat farzanameow to secret recipe for 2 slice of cake




n chocolate blended

InsyaAllah lagi 2 bulan adik farzanameow keluar, oleh itu kamu adalah kak long secara rasmi hip hip hooray ^O^

Friday, July 1, 2011

Bila...owh baru sedar..

Bila basuh pinggan mangkuk dan rasa pili air makin jauh,

owh baru sedar perot sudah boncet..
Bila iron baju ayah duduk bawah rasa mengah, owh baru sedar perot sudah boncet..
Bila sarung baju kurung getah kain tak tahu nak letak atas ke bawah, owh baru sedar perot sudah boncet..
Bila nak sarung jeans rasa tak muat, owh baru sedar perot sudah boncet..

Bila drive dapat tekan minyak n break hanya pakai ibu jari kaki manja-manja saja, owh baru sedar perot sudah boncet..

tipu tipu tipu tiiiiiipuuuu
sebab berjalan sudah badan berat dan macham belon sudah tentu memang sedar perot sudah boncet dan orang d'dlm perot ini sungguh happy membesar
Ibu pon happy ^O^

sekian dah abes taip !

Tuesday, June 28, 2011

Tangkap basah dan roti ^O^

Dia: Aien aku kene tangkap basah kau tau last weekend haha
Aku: Mak aii biar betol ko nih. Hotel celah mana ko lepak nih?
Dia: ala hotel cap cine ape tah(nama d'rahsiakan) (smbil gelak2 x putus kat hujung talian)
Aku: Abes tuh cam mana lepas ke?
Dia: selamat aku bawak surat nikah sementara tuh.

Pas tuh kami gelak2 sampai x boleh gelak lagi bila dia cerita semuanya hehe.

Cerita dia lagi:

Sampai dh lewat dlm pukul 2 pagi, jalan-jalan toleh-toleh nampak hotel cap cine, okey lagi beberapa jam nk tunggu subuh baik tido kan sebab esoknya sudah penuh dengan planning yang havoc suami isteri haha. kalau newly wed dan duduk berasingan nih mmg weekend sajalah jumpa ya tak ^O^

Dia cerita lagi, tengah mamai2 dua2 sodap tidur dah ade orang ketuk2 pintu, laki dia saje jek bukak pintu, yang dia nih pergi ambil senjata kot2 orang jahat kah yang ketuk pintu pagi-pagi buta.

Pastuh laki dia teriak' yang p pakai tudung nuh, pegawai agama laaa'

setel itu ini interview itu ini, siap tunjuk pic tawin atas pelamin lagi haha
Dan yang x menahannya, dia kata dua-dua menguap serentak depan pegawai agama tuh hehe

Pegawai tuh kata' okeh la p tido la tidooo' sambil semua senyum-senyum ahha.

Pegawai agama dh setel, nk smbung tido tuh laki die tanye" yang yg kamu pegang roti tuh kenapa?'

Baru la dia nih sedar, kenkonon nak ambil senjata tadi rupanya dia sempat capai roti jek, aisshhh patot kasi pegawai agama tuh makan roti jek tadi ahhaha. melampau la ko nih kiah.

Yang besh laki die surprisekan dia check in hotel 5 star yg mahal gler untuk satu mlm siap candle light dinner lagi kt hotel tuh...wah la weiii best surprise ever untuk newly wed nih haha.
congrats kiah(bukan nama sebenar) ^O^

Wednesday, June 22, 2011

Tidoo yang amat!!

Tido yang amat, yang amat nyenyak, yang amat bergaya, yang amat senyap sampai ibu tidak sedar sebab bz kat dapur atau bz main tenet atau bz kait atau membizikan diri dengan berbizi-bizi

Bulan depan farzana sudah setahun 9 bulan, sudah besar, sudah gomok, sudah pandai, sudah sudah sudah


yang ini farzana tidur bile ibu sidai baju ^O^ wah la weii sambil tv tonton dia ^O^


yang ini ibu bz main tenet promote mempromote dan sewaktunya haha cover line nampak, tidur sambil pegang jagung, hatta tidak sempat nak ngap la tuh ^O^ wah la weii x menahan ibu tengok mahu gelak goling-goling


yang ini ibu mengait d'kerusi meja makan mmg x perasan, tidur sambil pegang tempe goreng haha, jawa sungguh la, makan mesti ngantuk kah ^O^ wah la weii farzana nih



yang ini ibu tengah basuh pinggan mangkuk, farzana mintak roti, tengok-tengok dia dh tergolek dengan roti tinggal separuh daaaa ^O^ wah la weii senang ibu terus jek masak after angkat farzana atas tilam hoho



yang ni waktu malam, ayah n ibu tonton news, makan mangga tapi farzana tertido sambil pegang mangga hikhikhik ^O^ wah la weii betul-betul kaki tido hehe


paling juara, time ibu bz main mukabuku, farzana after dah makan lunch, senyap jek depan tv, tengok-tengok dia tidur berdiri, serious pelik la...^O^ wah la weii ibu angkat pn tak sedar laaa hoho

Farzanameow, nanti ajak ayah piknik nak, piknik yang tertangguh tuh hoho

Sunday, June 19, 2011

Kala malam bulan mengambang makan pizza based tortilla ^O^


Okeh main tepek-tepek sos spaghetti ini d'tortilla itu,aktiviti sonang dan kegemaran farzana hoho


Pastu, aktiviti tampal sosej ayam dan daging lembu, hanya ini bahan yang d'jumpai dlm peti ais lalu ini sahajalah, tampal-tampal-tampal


Aktiviti susun bawang besar punye dan main-main parut cheese. Parut-parut-parut kasi penuh, lagi penuh lagi marvelouse huhahuha


Dah kite bakooo die dlm 4-5 min jek, tak payah lama-lama sbb sudah lapo bangat inih


Kite main lipat-lipat dia, kasi potong-potong dia, kasi comel-comel dia masuk mulut oyehh


Lalu boleh lah bermesra d'hadapan kamera godang dan masuk ke mulut dng lazatnye, sekali hadap 2 orang makan okeh habes hukhukhuk.


Sekian terima kasih.
Entry selesai hibernisasi yg sungguh panjang ye puan-puan hoho




Friday, March 25, 2011

Budget rm20 setiap satu untuk ibu-ibu

Biasalah kan bila masuk news botol yang tidak BPA Free akan d'haramkan next year
lalu ibu farzanameow ini ( dan semua ibu d'luar sana) akan gamaknye shopping botol susu
dan akan berdiri lama d'rak botol susu hingga pening dan kenoning kerana mahu pilih yang terbaik, tercomel, termurah dan ter ter ter
lalu ibu beli sesudah timbang tara

maksud timbang tara d'sini adalah
- saya sudah tengok
-saya sudah pegang



PILIHAN PERTAMA
PIGEON

-harga rm18 selepas diskaun kat jusco. hooray untuk diskaun itu.
-saiz 8oz/240ml puting standard
-ciri-ciri terbaik : puting super lembut dan design tersendiri(farzanameow really adore yg ini), air flow yg ...(korang refer pic bawah jek la), design mmg ibu terpikat bila tgok 1st time jek.




PILIHAN KEDUA
GLASS BOTTLE BY LOONEY TUNES

-harga rm16.90
- even its glass bottle tapi sungguh ringan berbanding glass bottle brand Pigeon, Baby Kiko, Puree, Anakku. (ibu tulis sbb ibu dh timbang tara pegang semua brand itu kat jusco)
-design mmg super duper kawaii lah (yg nih ibu really adore,farzanameow didn't care rite)



-ciri-ciri terbaik : dan tentu glass bottle yang ringan hehe, nipple tiada lubang (konsep DIY la) sebab untuk Newborn and above (refer pic bawah)
so ibu balik buat lubang sendiri la, nak beso or kecil hehe besh kan



PILIHAN KETIGA
PUREEN

-harga rm7.90
-murah kan tapi masa ibu tengok tinggal satu jek ( rezeki tuh) sebab dah habis, murah la katakan. i like i like.
ciri-ciri terbaik : lagi super ringan sbb plastik. tapi serius ringan berbanding botol biase tuh, design slim, farzanameow pegang mmg grip la hehe



PILIHAN KE EMPAT
BABY KIKO

-harga rm7.90
- harap maklum farzanameow adalah peminum air putih tegar d'mana2 saja. oleh itu ibu beli yang ini, ready air jarang saja, letak atas meja, farzanameow haus ambil sendiri minum okeh. yang lama punye (Mr. rayyan pon suke yg lame tuh comel) ibu terus letak dlm dustbin yek.
-ciri -ciri terbaik : murah, ringan plastiknya dan of course BPA FREE hoho.



Oleh itu ibu-ibu, dengan budget seperti ini kalau mahu tukar botol susu 6 bulan sekali or stahun sekali tidaklah berat sangatkan hehe

Jenama2 luar yang quiet expensive like Avent, Tommy Tippie , Mum Choice bla bla bla tidak sesuai dng duit saya ^O^ apatah lagi untuk tukar 6 bulan sekali botol susu dan 2 or 3 bulan sekali untuk puting susu hehe. -kenyataan ini adalah untuk saya dan only saya tiada kene mengena dng org lain yg hidup mahaupun yang sudah tiada hohohehe horehore hooooreee


Slogan of the day: Do your shopping today or tomorrow. choose only the best.